Setiap orang ada pengalaman, prinsip hidup, hala tuju dan pengetahuan dalam menempuh pahit getir dan manis indah hidup masing-masing. Cetusan hati dan lintasan fikiran yang membuahkan faham sering menjadikan kita lebih jelas dan mengerti apa yang terselindung di sebalik suatu peristiwa, keadaan mahupun kisah. Hukum hikmah dan keperibadian terlontar dalam gaya berbeza...
Namun, Laloq bukan sekadar ingin memperkatakan tentang kehidupan, pengalaman dan pengetahuan secara jasmani bahkan turut cuba berkongsi tentang keasyikan rohani dalam memahami cinta kasih selaku hamba. Malahan, cuba menyatakan sifat dan afa'al berasaskan kendiri tanpa meminta dijatuhkan hukum manusiawi ke atas Laloq. Hanya teguran berhikmah yang disarankan kerana perihal begini berkehendakkan nasihat-menasihati...
Dalam apa bentuk pun sama-samalah kita berkongsi...